Skip to content

Daripada mana datangnya idea III

Tahukah anda mimpi tidur boleh menjadi idea untuk penulisan?

Edward Cullen dan Bella Swan.

Penggemar Twilight pasti kenal dengan nama watak utama siri Twilight.

Stephanie Meyer penulis siri Twilight mendapat ilham untuk menulis siri Twilight daripada mimpi mengenai seorang gadis dan lelaki pontianak yang hauskan darah gadis itu. Beliau menzahirkan mimpi menjadi naskhah walaupun tidak berniat untuk menerbitkannya.

Beliau menulis kerana seronok menulisnya. Namun kakak beliau menyuruh beliau menghantar cerita ini kepada agen. Kisah seterusnya kita semua tahu.

Siapa tahu mimpi anda bakal menjadi cerita yang digemari rakyat Malaysia?

Saya tergerak menulis status ini kerana semalam saya tidur dan bermimpi. Penat sebenarnya bermimpi. Bangun tidur, saya rasa letih.

Dalam mimpi itu, saya berpakaian baju kurung yang cantik. Saya bersama rakan-rakan yang sama-sama menuntut di Universiti Malaya dahulu pergi mendaki sebuah gunung.

Ya, mendaki gunung dengan baju kurung seperti mahu pergi beraya ke rumah orang.

Sampai di pertengahan, ada tempat kediaman dan deretan kedai. Ada jalan raya dan kenderaan. Saya terpisah dengan rakan-rakan yang lain.

Saya ternampak seorang perempuan terduduk di tepi jalan. Mukanya sedih seperti berada dalam kesakitan. Dia mengangkat tangan dan berkata kepada saya, “Tolong!”

Saya baru bergerak menghampirinya ketika kejadian ngeri itu berlaku.

Tiba-tiba perempuan itu berkecai. Kepalanya terlempar ke satu hujung. Kaki dan tangannya sudah bercerai dari badan. Ada bom ke di badannya? Kenapa saya tak nampak bom itu?

Ada kereta mahu mengundur dan tidak nampak mayat perempuan yang berkecai itu. Saya menghalang kereta itu dari melenyek cebisan anggota badan yang tertinggal.

Sampai situ, saya terjaga.

Apa maknanya mimpi saya?

Adakah ini satu cerita?

Mungkin.

Jadi selepas ini, sediakan pen dan kertas di sebelah katil. Cepat-cepat catit mimpi sebaik saja terbangun dari tidur. Kalau mahu taip dalam handphone pun boleh. Yang penting, tidak lupa catit.

Sekian untuk hari ini.

Published instetoskop & penTip penulisan

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *