Skip to content

Dapat atau tidak

2009….
Saya menghitung hari mahu ke Australia, gembira rasa di hati. Tiket sudah dibayar. Deposit pakej pelancongan telah diserahkan kepada agensi.

Siapa sangka, cempedak menjadi nangka.

Tidak, bukan kisah cempedak dan nangka. Apa yang saya melalut ini.

H1N1.

Saya tidak kena H1N1. Tetapi ketika itu H1N1 baru bermula.

Saya kena penyakit lain. Harus mendapatkan rawatan. Memang tidak disangka, ujian yang melanda.

Memandangkan ada masalah kesihatan, maka hasrat untuk ke Australia tidak kesampaian.

2K hangus begitu saja. Deposit pakej pelancongan dan tiket kapal. Saya tidak berjaya mendapatkannya kembali.

Waktu itu Tuhan saja tahu betapa sakit hati ini. Hilang duit. Berkecai angan-angan menjejakkan kaki ke sana. Malah tidak sihat.

Namun ini semua ialah takdir-Nya. Saya berusaha keras berlapang dada menerima ketentuan-Nya.

2015….
Kalau sudah rezeki, Tuhan akan sampaikan juga.

Kini saya menghitung hari buat kali kedua. Mahu menjejakkan kaki ke bumi Australia.

Semoga semuanya berjalan lancar dan usaha dipermudahkan oleh-Nya.

Bersama 6 orang sahabat yang lain kami akan menjelajah ke Melbourne dan Sdyney.

Siapa tahu idea untuk menulis semakin mencurah-curah apabila berjalan-jalan di tempat orang.

Penuh sabar saya menantikan tarikh 2 April 2015.

Ada kawan yang bertanya, “Tidak takutkah naik kapal terbang?”

Saya terdiam sebelum menjawab. “Kalau sudah ajal, di mana-mana juga kita akan pergi juga mengadap-Nya.”

Kalau saya takut, maknanya saya tidak akan bergerak ke mana-mana. Saya serahkan kembali pada-Nya agar perjalanan kami bertujuh selamat pergi dan selamat kembali ke tanahair.

Dalam hidup ini, adakalanya kita dapat cepat. Kita dapat lambat. Kita dapat atau kita tidak dapat. Allah tahu apa yang terbaik bagi kita.

Seperti juga rakan-rakan yang belajar di fakulti perubatan semasa ‘undergraduate’ dan ‘postgraduate’.

Ada yang menjadi doktor selepas cukup 5 tahun di fakulti perubatan. Ada yang memerlukan masa sehingga 6-7 tahun untuk bergelar doktor.

Sama juga dengan menjadi pakar. Ada yang junior menjadi pakar terlebih dahulu daripada senior kerana dia yang awal melanjutkan pelajaran untuk menjadi pakar. Ada yang menghabiskan master dalam masa 4 tahun sahaja. Ada yang mengambil masa selama 5 tahun. Setiap orang tidak sama.

Kata kuncinya sabar dan berdoa. Berusaha dan bertawakal.

Oh panjang pula entri saya malam ini. Sebenarnya cuma hendak bercerita kisah mahu ke Australia.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *