Skip to content

Cuba perkara baru

Setelah habis lima kelas Muay Thai for beginner, Coach J mencadangkan kami menyertai kelas Lady Kick Boxing pula.

Mula-mula tidak pasti kerana rasa belum mahu bergerak dari kelas muay thai lagi.

Mencuba perkara baru boleh menjadi satu perkara yang mengujakan, menakutkan.

Jab, cross.

Jab, cross.

Jab cross, jab cross.

Jab jab, cross cross.

Jab cross, jab cross, jab cross.

Selepas mencuba baru sedar seronok rupanya kelas ini.

Explore new thing.

Don’t be afraid.

Sama juga mengembara. Pergilah melihat tempat orang lain. Belajar melihat budaya masyarakat lain. Kita tak akan rugi.

Apa perkara baru yang saya mahu buat lagi selepas ini?

Saya ada impian. Mahu kembara satu Malaysia. Kembara dua penulis. Melawat sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk berkongsi tentang penulisan dan kerjaya sebagai doktor. Mahu kongsi pengalaman dan cerita dengan adik-adik di sekolah dan di universiti.

Di samping itu singgah di rumah teman-teman dan melawat tempat menarik di negeri tersebut.

Selagi tak dapat tunaikan impian ini, jiwa kacau.

Urghh….

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *