Skip to content

Crack under pressure

 

Hari ini hari terakhir TLS untuk AEMTC.

Hari peperiksaan. Teori dan praktikal.

Waktu ujian, karakter kita terserlah.

Bagaimana kita berdepan dengan satu-satu ujian.

Tekun masing-masing berfikir ketika menjawab kertas peperiksaan bahagian teori.

Habis masa satu jam, baru keluar suara-suara.

“Susahlah doktor soalannya!”

“Keliru nak jawab.”

“Habislah kalau macam ni.”

Dan pelbagai ayat lagi.

Sewaktu mengendalikan ujian praktikal, pelbagai gelagat yang dapat dilihat.

Ada yang panik dan tidak dapat berbuat apa-apa. ‘Blank’ terus. Tidak ingat apa-apa.

Ada yang panik hingga tunggang-langgang apa yang dibuatnya.

Ada yang panik tetapi masih boleh buat dengan tersangkut-sangkut.

Ada yang berdarah gemuruh tetapi mampu mengawal perasaan dan buat dengan elok.

Ada yang nampak seperti ‘natural’ dan sudah biasa melakukannya.

Ada yang juga menangis sebelum memulakan sesi praktikal. Mungkin terlalu takut.

Bagaimana dengan diri anda?

Will you crack under the pressure?

Will you act tough although you are so scared?

Or test is nothing for you? You have endured so many tests in your life until you cannot feel anything. You just go with the flow.

Ya, hidup ini sendiri merupakan satu ujian.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *