Skip to content

CINTA

cin2cin3cin4cin5cin6cin7

Dengan cinta kubina istana….

Oh, ayat di atas tidak ada kaitan dengan apa yang saya mahu tulis.

Tema minggu ini dan minggu depan ialah buku-buku saya.

Saya mahu perkenalkan satu persatu buku saya kepada rakan-rakan facebook yang baru berkawan dengan saya di alam maya ini.

CINTA merupakan buku pertama yang saya terbitkan sendiri.

Saya ingin menangis terharu kali pertama menatap CINTA. Ketika itu saya berada di tempat pencetak. Saya belek-belek CINTA yang saya terbitkan dengan kudrat sendiri. Saya belajar banyak perkara mengenai penerbitan buku sendiri daripada CINTA.

Memohon nombor ISBN dan PDP, membuat layout buku, memilih pencetak dan menyediakan modal untuk menerbitkan CINTA. Salah seorang sahabat baik saya menolong dalam membuat kulit depan CINTA.

Dalam CINTA ada 21 buah cerpen.

Cinta bagi saya meluas maksudnya. Bukan sekadar cinta antara lelaki dan perempuan sahaja.

Cinta kepada agama.
Cinta kepada negara.
Cinta kepada keluarga.
Cinta kepada sahabat.

Cerpen-cerpen dalam CINTA ditulis sejak saya berada di bangku sekolah lagi hingga menjejakkan kaki ke universiti. Hanya sebuah cerpen yang baru ditulis dalam CINTA.

Istimewanya dalam antologi cerpen CINTA, saya muatkan kisah di sebalik penghasilan setiap cerpen. Bagaimana saya mendapat idea atau ilham untuk menulis cerpen tersebut. Daripada telefon bimbit pun saya boleh olah menjadi sebuah cerita.

Hanya dua buah cerpen yang tidak ditulis kisah di sebalik tabir cerpen. Mengapa? Biarlah jawapan itu saya saja yang tahu.

P.S : Anda boleh menunggu sehingga saya selesai memperkenalkan semua buku saya, baru membuat pesanan. Cara kedua, boleh terus pesan saja.

Oh ya, buku saya ada 8 buah setakat ini. Buku ke-9 dalam fasa percetakan. Bakal siap bulan ini.

Published inBukustetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *