Skip to content

Cinta itu tidak menyakitkan

12 13

Benarkah cinta itu tidak menyakitkan?

Bagaimana jika sebaliknya?

Wah, status apakah ini….

Siapa yang bercinta dengan siapa?

Adakah saya sedang bercinta?

Sebelum rakan-rakan yang membaca status ini membuat spekulasi yang bukan-bukan, biar saya jelaskan.

Hahahahaha….

Tidak ada apa-apa sebenarnya.

Cinta itu tidak menyakitkan.

Ini merupakan salah satu mesej dalam kursus OSCC yang berlangsung di Akademi Perubatan Malaysia dikendalikan oleh orang-orang kuat HKL.

National One Stop Crisis Centre Course 2015 diadakan daripada 23 hingga 25 November 2015.

OSCC atau One Stop Crisis Centre merupakan salah satu perkhidmatan yang ada di jabatan kecemasan.

1. Domestic Violence (Keganasan domestik)
2. Rape and sexual assault
3. Child abuse and neglect
4. Sodomy

Ini merupakan tempat untuk mereka yang dianiaya secara fizikal atau emosi oleh pasangan masing-masing. Bukan terhad kepada pasangan suami isteri sahaja. Termasuk juga bekas suami atau bekas isteri, orang dewasa yang tidak berkeupayaan.

Tempat bagi mangsa rogol mendapatkan pemeriksaan. Sekiranya anda mengenali sesiapa yang menjadi mangsa rogol tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan rawatan, boleh bawa ke hospital.

Tempat untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah penderaan. Penderaan fizikal, emosi dan diabaikan oleh penjaga atau ibu bapa.

Kursus tiga hari ini menampilkan wakil daripada pelbagai agensi. Bukan saja daripada pihak hospital. Ada wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak polis, NGO yang boleh memberi bantuan dan sokongan kepada mangsa.

‪#‎stetoskopdanpen‬

Published inkursusstetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *