Skip to content

Bunga

Bunga.
Orang kata perempuan suka bunga. Benarkah?
Hendak membuat lamaran, bagi bunga. Hendak memujuk hati isteri yang merajuk bagi bunga. Hendak menunjukkan perasaan suka pada seseorang bagi bunga. Hendak bagi hadiah hari lahir atau ulang tahun perkahwinan, bagi bunga.

Tak. Tak semua perempuan suka bunga. Jangan pukul rata ya.
Macam mana saya tahu? Kerana saya sendiri tak suka bunga. Daripada bagi saya hadiah bunga lebih baik bagi hadiah coklat, makanan atau buku.

Bunga sekadar perhiasan di mata saya. Saya tak boleh makan bunga. Kalau beri hadiah coklat atau makanan, saya boleh makan. Kalau bagi hadiah buku, boleh saya baca.

Bagi saya hadiah bunga, apa yang hendak saya lakukan dengan bunga?

Letak di atas meja dalam pasu bunga hingga layu?

Ada apa dengan bunga?

Benarkah bagi bunga tanda lelaki itu romantik?
Tak boleh nak komen juga. Kerana saya tak tahu. Soalan ini sesuai dijawab oleh mereka yang selalu dapat bunga daripada pasangan masing-masing.

Walaupun tak meminati bunga namun saya tetap kagum dengan keindahan bunga. Pengalaman berada di Taiwan dan mengunjungi taman bunga di sana membuatkan saya terpegun menatap kepelbagaian warna bunga. Orang yang tak minat bunga seperti saya pun boleh jatuh hati dengan kecantikan bunga.

Orang yang dekat dalam kehidupan saya meminati bunga seperti emak dan sahabat saya. Emak suka mengunjungi pesta bunga yang diadakan di Kuala Lumpur atau Putrajaya sekiranya diadakan. Sa’adah gemar mengambil gambar bunga dan mengabadikannya sebagai kenangan.

Bagaimana jika lelaki suka bunga? Adakah akan dipanggil mat bunga?
Anda suka bunga?

Published inUncategorized

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *