Skip to content

Buku Belum Terjual

Buku tak terjual adalah satu kepedihan untuk seorang penulis. Membuat kita tertanya-tanya.
Buku aku tak bagus ke?

Kenapa orang tak beli buku aku?
Aku tak mahir seni menjual buku?

Buku aku dah tak releven lagi?

Dan pelbagai persoalan lagi bermain dalam fikiran.

Ada masanya kita terlupa. Perancangan kita buat tapi Tuhan dah atur segalanya untuk kita. Aturan Tuhan yang terbaik. Cuma kita manusia seringkali lupa akan Dia dan cepat rasa kesal dengan apa yang berlaku.

Seminggu lalu saya dapat berita daripada pengedar buku tempat kami biasa berurusan. Buku saya dipulangkan oleh kedai buku. Maksudnya tidak terjual di kedai tersebut.

Sedih bila buku dipulangkan. Tapi kena terima hakikat. Inilah cabaran sebagai seorang penulis.
Belum sempat sedih berpanjangan, ada seorang rakan facebook bertanya jika saya masih mempunyai stok buku yang dikehendakinya.

Mungkin pembeli buku saya tidak sempat ke kedai buku tersebut atau tidak ke kedai buku. Sebaliknya pembeli buku saya berada di tempat lain. Saya harus mencari jalan dan cara lain untuk memastikan buku saya sampai ke sasaran pembaca dan pembeli yang betul.

Jangan bersedih terlalu lama.

Happy happy saja.

Tak berjaya satu perkara yang kita lakukan, kita usahakan menggunakan cara lain pula.
Gagal itu bukan bila kita tak berjaya. Gagal itu bila kita tak bangkit daripada kegagalan itu.

P.S: Boleh kawan-kawan kongsi cara agar buku dibeli pembaca?
Published inUncategorized

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *