Skip to content

Buku baru & tulis berdua

Setiap kali mendapat buku baru, perasaannya bercampur-baur.

Teruja. Gembira. Bimbang. Takut.

Penat-lelah berbulan-bulan sebelum ini terbayar melihat hasil terbentang di depan mata.

Kalau boleh mahu tidur berbantalkan buku itu. Mahu peluk buku. Bawa dalam mimpi.

Setiap kali membelek buku, mulut tidak berhenti mengukir senyum. Riang hati hanya Tuhan yang tahu.

Apatah lagi buku kali ini merupakan buku pertama yang ditulis secara berjemaah dengan sahabat baik saya, Norsa’adah Ahmad. Faktor itu turut menambah keterujaan.

Mengapa kami tulis berdua?
– Kerana kami berdua sama-sama pergi ke sana
– Lebih mudah menulis berdua kerana kerja boleh dibahagi-bahagikan
– Dua kepala lebih baik daripada satu
– Dua mata dan minda yang membuat semakan dan mengedit buku hingga puas hati
– Faktor mendorong sesama sendiri untuk menyiapkan kerja masing-masing
– Berkongsi modal untuk mencetak buku
– Buku ditulis daripada persepsi dua pengarang, dua gaya penulisan berbeza yang digabungkan dalam satu buku

Sangat gembira kerana bagi kami hasilnya memuaskan.

Namun ada terselit bimbang jika ianya tidak menepati jangkaan sahabat berlima yang turut sama dalam kembara ke Melbourne dan Sydney. Kami telah memberi usaha yang terbaik untuk buku ini.

Takut sekiranya jualan tidak memberangsangkan. Mana kami hendak letakkan 1000 naskhah yang kami telah cetak. Hendak keluarkan modal pun merupakan satu cabaran. Beribu-ribu lemon.

Kami fikir positif. Kami yakin dengan buku ini.

Kami harap pembaca gembira dan terhibur dengan kisah pengembaraan 7 sahabat ke Melbourne dan Sydney. Boleh menjamu mata dengan pemandangan indah di tempat-tempat menarik yang kami lawati di sana.

P.S : Ingin membaca kisah kami di Melbourne dan Sydney?

Boleh download contoh pdf secara percuma untuk 55 muka surat awal di www.msdsh.blogspot.com.

Jika ingin membuat pesanan buku, klik di http://bit.ly/msdsh1

Published inBukustetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *