Skip to content

Bukan hanya makan malam

Malam ini ada majlis makan malam Jabatan Kecemasan Likas yang dianjurkan sempena tamatnya penempatan PPW dan perpisahan salah seorang MO.

Mulanya berat hati mahu datang. Apatah lagi bila mengetahui tidak ramai yang dapat hadir kerana kerja dan sudah mempunyai rancangan lain.

Tetapi rasa tak patut pula kalau tak datang. Akhirnya saya pergi.

Saya gembira kerana mengambil keputusan untuk datang.

Majlis ini bukan sekadar makan malam.

Saya melihat orang yang tidak disangka-sangka berbakat besar dalam nyanyian. Suaranya sedap.

Benarlah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Mendengar lagu-lagu negeri sabah yang menarik membuatkan saya terhibur.

Mengambil bahagian dalam aktiviti permainan. Meriah.

Pecah rekod, saya menyanyi di depan semua orang. Tidak pernah rasanya saya buat perkara ini. Walaupun tahu suara bukan suara penyanyi.

Walaupun kecil jumlah hadirin namun kemeriahannya tetap terasa.

Terima kasih kepada PPW dan staf yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.

Saya seronok dan terhibur. Rasanya orang lain begitu juga.

Small but sweet.

Siapa kata orang hospital tidak tahu bersosial?
smile emoticon

Majlis seperti ini membuatkan saya lupa sejenak pada kisah perit kesakitan, pedih kematian yang berlegar saban hari di tempat kerja.

Sesekali kita perlu lari dari realiti.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *