Skip to content

Buat satu persatu

Terasa banyak perkara yang hendak diselesaikan.

Itu mahu buat.

Ini mahu buat.

Akhirnya satu apa pun tak dibuat.

Bertenang.

Tarik nafas.

Senyum walaupun sedang berseorangan.

Senyum untuk mengalirkan aura positif.

Ambil pen dan kertas. Tuliskan satu persatu senarai kerja yang hendak disiapkan.

Power point presentation.

Topik yang hendak dibaca.

Bab yang mahu dibincangkan.

Maklumat yang ingin diketahui sebelum berangkat meninggalkan bumi Malaysia.

Urusan buku yang perlu disiapkan.

Urusan kewangan yang harus diselesaikan.

Belum masuk e-filing, acara wajib tahunan.

Tidak mengapa.

Saya buat satu persatu. Mana yang dahulu diawalkan.

Siapkan ikut turutan dan kepentingan.

Yakin boleh.

Malaysia boleh.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *