Skip to content

Buang apa yang tak perlu

Selesai mengemas kertas-kertas dalam fail di rak.

Lega.

Mengemas kertas tiada dalam senarai perkara yang hendak dilakukan pada waktu cuti ini. Tetapi entah mengapa saya tergerak hati untuk melakukannya.

Sekurang-kurangnya selepas mengemas saya tahu kertas ini diletakkan di fail biru, surat ini di fail merah. Memudahkan saya mencari apa yang saya perlukan pada masa akan datang.

Buang kertas-kertas yang tidak perlu.

Sepertimana dalam menyiapkan sebuah karya. Edit karya dengan membuang mana-mana ayat atau isi yang tidak perlu.

Supaya karya jadi kemas dan cantik. Sedap dibaca.

Proses edit bukan sekali, bukan dua kali. Berapa kali mahu menyemak karya? Hingga seenak rasa dibaca.

Tidak ada syarat berapa kali harus disemak karya.

Bagaimana kalau saya tidak mahu menyemak karya? Bolehkah dihantar terus selepas siap ditulis?

Fikir sendiri jawapannya.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *