Skip to content

Bicara Buku di Bangi Getaway

Sebelum 3 Januari 2015, saya terfikir-fikir bagaimana mahu mengendalikan sesi buku kali ini. Ini merupakan sesi bicara buku kedua bagi saya.

Saya bertanya pada pihak penerbit, sama ada saya boleh melakukan persembahan slaid power point. Tidak ada projektor yang disediakan. Maka saya mengambil keputusan untuk bercakap sahaja.

Saya sediakan isi-isi penting yang mahu diperkatakan. Saya cuba berlatih bercakap.

“Pada satu masa dahulu, tersebutlah kisah seorang….”

“Eh, ni bukan pertandingan bercerita macam zaman sekolah.” Tingkah adik saya, Bibah.

“Oh, tak boleh ke?” Balas saya sambil tersengih-sengih.

“Tak bolehlah.” Bibah menjengilkan biji mata.

“Okay la. Macam ni boleh tak? Once upon a time….”

“Sama la macam tadi tu.” Bibah menggeleng-gelengkan kepala.

Setibanya di Bangi Getaway, saya berjumpa dengan pegawai MPH yang mengendalikan sesi bicara buku. Rupa-rupanya acara ini akan diadakan secara soal jawab.

Encik Ali yang bertindak sebagai pengerusi majlis melontarkan soalan demi soalan. Terasa cepat masa berlalu.

Benarlah, jika melakukan perkara yang kita suka, masa itu tidak akan terasa. Sekelip mata, bicara buku ini berakhir.

Selesai majlis, diikuti acara bergambar dan menandatangani buku yang dibeli pembaca. Pengalaman yang mengujakan.

Tanpa buku yang ditulis, saya tidak akan berada di depan khalayak ramai untuk sesi bicara buku. Semuanya bermula daripada sebuah buku.

Lebih menggembirakan kerana saya berkongsi pentas dengan sahabat baik saya, Sa’adah.

Terima kasih kepada yang sudi hadir, mendengar, bergambar dan membeli buku. Terima kasih kepada pihak Truewealth dan MPH yang memberi peluang ini kepada saya dan Sa’adah.

P.S: Maaf kepada kawan-kawan yang hadir kerana tidak sempat berbual lama. Miyul tak sihat. Terima kasih Hazwah Ismail, Hazfadzila Mohd Unit,Fieza Afid, Nisa Aurora, Siti Mistima, Habibah Yasmin dan Wani.

‪#‎stetoskopdanpen‬

Published inpublisiti & promosistetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *