Skip to content

Bermula dengan impian

Hendak mencapai impian atau cita-cita, kena jelas dengan apa yang diri sendiri mahukan.

Kalau daripada awal kita tidak tahu atau kabur dengan impian sendiri, bagaimana kita mahu memandu arah kepada apa yang kita mahukan.

Bagaimana hendak tahu apa impian kita?

Lihat dalam diri.

Minat. Kekuatan. Kelemahan.

Apa yang hendak anda lakukan walaupun harus melakukannya tanpa perlu dibayar.

Contohnya membuat perabot. Bertukang perkakas rumah seperti meja dan kerusi.

Sanggupkah anda melakukannya dengan percuma?

Kalau ya, bermakna itu yang anda suka buat. Mahu jadi tukang kayu.

Kalau anda buat dengan penuh ketelitian dan kemas, hasil kerja yang kemas, tidak mustahil perabot yang anda tukangi menjadi pilihan walaupun ramai lagi tukang kayu lain.

Ini hanyalah contoh.

Saya berangan menjadi penulis bukannya baru. Sudah lama. Sejak sekolah rendah.

Tetapi saya mengambil masa yang lama untuk menjadikan impian bergelar penulis buku menjadi kenyataan.

Lama atau sekejap, Alhamdulillah Allah berikan impian saya tercapai.

Adik-adik di bangku sekolah, jangan terikut-ikut dengan kawan dalam menentukan apa yang adik-adik mahu lakukan bila besar nanti.

Ibu bapa yang mempunyai anak yang sudah bersekolah, usah paksa anak penuhi cita-cita kamu yang tidak kesampaian.

Setiap individu unik dan mempunyai kelebihan serta kekurangan yang tersendiri.

Lorongkan jalan agar anak mencapai impian atau cita-cita mereka, bukannya cita-cita ibu bapa.

Selagi impian yang dikejar tidak menyalahi undang-undang agama dan negara, galakkan mereka.

Mahu jadi ahli politik? Jadi ahli politik yang tidak korup.

Mahu jadi pereka fesyen? Jadi pereka fesyen pakaian muslim dan muslimah.

Kalau sudah dewasa tetapi masih terasa ada sesuatu yang kurang, masih terasa ada sesuatu yang belum dicapai, fikir dan periksa kembali masa kanak-kanak kita.

Apakah impian kita semasa zaman kanak-kanak, semasa fikiran tidak diserabutkan dengan masalah kewangan, perhubungan yang rumit.

Apakah impian yang kita tulis dalam buku latihan sekolah yang sudah ditukar fungsi menjadi buku conteng.

Apakah yang kita tulis dalam buku autograf kawan-kawan.

Mungkin ada dua atau tiga impian yang kita senaraikan. Tetapi kita tahu ada satu impian yang betul-betul hendak kita kejar.

Seperti saya pernah menulis mahu menjadi penulis dan pemain badminton.

Impian bergelar pemain badminton tak tercapai kerana ianya bukan impian yang betul-betul kuat untuk direalisasikan menjadi kenyataan.

Melihat ke belakang bukan untuk menyesali apa yang telah kita terlepas. Sebaliknya menunaikan impian yang masih belum tercapai.

P.S: Tulisan semasa saya darjah lima sangat cantik. Hohoho… sekarang pun cantik juga….

P.S 2 : Keinginan yang masih belum tercapai adalah mahu bagi ‘talk’ pasal kerjaya sebagai doktor dan bidang penulisan kepada pelajar-pelajar di Egypt. (Ada siapa-siapa nak sponsor saya ke Egypt?)

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *