Skip to content

Bermula dan berakhir

laptuj

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.

Percutian sudah habis.

Saya pulang awal ke Semenanjung untuk mengikuti National Congress Achievers 2015 di MIECC. Mendengar mutiara ilmu daripada 16 orang speaker antarabangsa.

Hasilnya sebuah ebook berjaya ditulis bersama sahabat saya, Norsa’adah Ahmad.

Kalau ada yang berminat untuk beli ebook Berjaya, Kaya & Ternama boleh PM saya atau Norsa’adah.

Isnin 13 Julai mengambil buku di Truewealth. Perasaan yang tidak terucap melihat buku kelapan sudah berada dalam tangan.

Setiap kali mendapat buku baru, seumpama menimang cahayamata baru lahir.

Kegembiraan tidak terungkap.

Isnin 13 Julai berjumpa dengan Haz dan membeli kuih tunjuk-tunjuk di Ampang Park. Banyak betul kuih yang dijual di sana.

Selasa 14 Julai membeli-belah buku raya di MPH Midvalley. Beli buku-buku Lejen dan dapat sampul duit raya Lejen. Memang Lejen betul.

Naik bas pulang ke Johor Bahru.

Menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta memang satu kebahagiaan.

Terima kasih pada mereka yang berkorban bekerja semasa Hari Raya. Sejak bekerja jauh, Alhamdulillah saya dapat beraya bersama keluarga.

Menziarahi saudara-mara. Waktu raya inilah mahu kenal dengan saudara-mara. Nanti berselisih di jalanan pun tidak kenal saudara sendiri.

Akhirnya tamatlah hari cuti. Masa untuk kembali ke KK dan mula bekerja kembali. Beratnya rasa hati. Tetapi itulah, kehidupan harus diteruskan.

Simpan kenangan manis dalam lipatan memori. Bina lagi momen indah pada masa akan datang.

Sebelum meninggalkan Semenanjung, saya sempat sambar tiga buah buku di MPH Senai Airport. Salah satunya, buku yang dicadangkan oleh salah seorang sahabat penulis saya, buku Rosmoh Perempuan Puaka.

Apakah motif status hari ini?

Supaya sedar diri cuti sudah habis.

Esok kerja!

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *