Skip to content

Bermain buih sabun

ser mer

Hari Raya adalah hari mengeratkan silaturrahim. Melawat saudara-mara dan bertanya khabar.

Ketika berkunjung ke salah sebuah rumah saudara, terjumpa permainan kegemaran waktu zaman kanak-kanak.

Bermain buih sabun.

Teringat waktu dahulu.

Meniup air sabun dan melihat buih-buih yang keluar memberi kegembiraan yang tidak terhingga.

Begitulah zaman kanak-kanak. Permainan ringkas ini cukup untuk membahagiakan. Tidak perlu perkara yang rumit untuk bahagia.

Kalau air sabun yang dibeli sudah habis, saya dan abang akan bancuh sendiri dengan sabun yang ada di rumah. Hingga emak bising kerana sabunnya cepat habis. Tetapi kami peduli apa waktu tu. Hehehehehe… yang penting dapat main buih sabun.

Permainan ringkas ini cukup untuk membuatkan hati seorang kanak-kanak gembira.

Raya kali ini saya menemui kembali keriangan zaman kanak-kanak saya.

P.S: Amirul pelik melihat Mak Ngah berusaha meniup air sabun hingga berkerut-kerut dahi.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *