Skip to content

Berita gembira

Menerima berita gembira hari ini. Surat yang dinanti-nantikan telah tiba.

Surat kenaikan gred.

Alhamdulillah.

Sudah 12 tahun berlalu sejak mula berkhidmat sebagai pengamal perubatan

Berita gembira diraikan dengan makan malam yang enak bersama sahabat baik yang bertandang dari Johor dan membeli aiskrim kegemaran, Magnum Almond.

Selepas UD54, apakah langkah seterusnya.

Dalam diam baru tersedar, rupanya saya suka sesi berkongsi ilmu. Setiap kali BLS, TLS, ACLS dan lain-lain LS lagi, saya gembira.

Ada rakan mencadangkan bertukar dari KKM ke universiti jika benar minat saya di situ. Secara jujurnya, tidak pernah terlintas untuk bertukar kementerian.

Tidak mahu terikat buat penyelidikan wajib. Itu alasan sebenar. tongue emoticon

Biarlah masa yang menentukan. Tidak mahu serabut memikirkan buat masa sekarang. Mahu fokus pada dunia penulisan yang dianaktirikan sebelum ini sejak saya menjejakkan kaki ke alam perubatan.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *