Skip to content

Beringgis Beach Resort & Spa

 

Bersemangat betul pagi ini bangun.

Mahu pergi bercuti… eh silap… pergi kursus.

Terima kasih kepada Suzana Awang yang tak jadi pergi seterusnya memberi peluang saya untuk pergi.

Lebih menggembirakan pergi bersamaFieza Afidd.

Walaupun sebelum pergi, stress juga mahu cari idea bagi menghasilkan manuskrip.

Sampai di Beringgis Beach Resort & Spa pukul 12 tengahari. Sampai terus menghadap rezeki.

Makan semeja dengan Mr Raja, HOD paediatrik surgikal.

Beliau memberikan pendapatnya apabila saya menyatakan bahawa saya tidak pasti sama ada saya boleh menulis artikel, case report atau ‘case study’ untuk jurnal perubatan. Saya tidak pasti kerana tidak ada minat dan belum berusaha ke arah itu.

Tesis untuk program master pun dibuat untuk memenuhi syarat supaya dapat lulus menjadi pakar.

Namun saya mahu sekurang-kurangnya ada sebuah tulisan tersiar dalam jurnal perubatan. Sekali seumur hidup pun sudah lebih dari mencukupi.

“You have advantage as a writer. You have the knowledge in the field of medicine. You just blend in your writing passion with the medicine field.”

Saya terangguk-angguk mendengar nasihatnya.

Petang itu perjalanan saya dan teman-teman menulis dalam bidang perubatan bermula.

Published inkursusstetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *