Skip to content

Berhati-hati bukan saja di jalan raya

Kanak-kanak itu baru saja bersunat pukul 9 pagi ini.

Entah macam mana sedang berjalan masuk ke rumah, dia tersadung batu dan terjatuh. Betul-betul jatuh dan tertiarap di atas tanah. Bukannya melintas jalan raya tetapi berjalan di depan rumah.

Malangnya bahagian yang baru disunatkan terhentak kuat ke atas tanah dan terkena batu-batan di tanah.

Darah tidak berhenti-henti keluar hingga basah kain pelikat yang dipakai.

Ketika dibawa ke hospital, gumpalan darah beku berkumpul di bahagian yang tercedera.

“Sakit.” Kata kanak-kanak itu ketika ditanya.

Ah, sudah tentu sakit. Mesti dalam hati dia pelik, kenapalah doktor ni tanya soalan yang sudah tahu jawapannya.

Yang melihat pula rasa kasihan.

Ya, berhati-hati bukan saja di jalan raya tetapi di mana saja dan walau apa juga yang sedang dilakukan.

Doktor bahagian pembedahan kanak-kanak meminta kanak-kanak ini dihantar ke bilik bedah seberapa segera untuk pemeriksaan secara terperinci akan luka yang dialami dan prosedur menghentikan perdarahannya.

Nenek kanak-kanak ini agak cemas kerana dia seorang saja yang ada menemani cucunya. Ibu bapa kanak-kanak ini berada di KL.

Diberi penerangan berkali-kali tetapi dia seperti tidak dapat memahami apa yang berlaku dan kepentingan untuk kanak-kanak ini dihantar ke bilik bedah secepat mungkin.

Orang masih dalam mood beraya, kanak-kanak ini dan keluarganya diuji dugaan ini.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *