Skip to content

Berfikir di luar kotak

 

Empat hari yang lalu….

Saya sedang berbaring di atas sofa, berehat kerana keletihan baru pulang dari tempat kerja. Sambil menunggu waktu berbuka puasa, saya khusyuk mengulangkaji muka buku.

Tiba-tiba saya rasa sofa tempat saya baring bergegar.

Eh…

Hantu mana yang goyangkan sofa ni?

Nak kata housemate yang buat, housemate pun sedang berehat di biliknya.

Tapi, ada ke hantu bulan puasa ni?

Kenapa hantu goyangkan sofa aku?

“Min, rasa tak gegaran tadi?” Tiba-tiba housemate melaung dari dalam bilik.

“Rasa. Apa tu? Kau rasa juga ke?”

Hantu ada dalam bilik housemate saya juga nampaknya.

“Itulah gegaran gempa. Tapi yang hari tu lagi lama. Ni kejap je.”

Oh…. Panjang oh saya.

Oh, rupanya macam itu gegaran gempa. Walaupun cuma beberapa saat cukup untuk membuat hati berdebar.

Baru saya tahu begitu rupanya gegaran gempa. Dua kali sebelum ini saya tidak merasainya kerana sedang memandu kereta dan tidur tak sedar dunia.

Sekarang baru saya faham kenapa salah seorang rakan yang mengalami gegaran memeriksa katil tempat tidurnya kerana disangkakan bilik hotelnya keras, berpenunggu. Dia menyangka katilnya digegarkan oleh hantu. Sedangkan itu disebabkan gegaran gempa.

Saya mengetawakan dia apabila dia bercerita dia berfikir hantu yang menggoyangkan katilnya. Apabila peristiwa yang sama menimpa saya, perkara pertama terlintas di fikiran saya ialah hantu yang bertanggungjawab melakukannya.

Sungguh. Saya fikir hantu yang buat.

Apa motif status ni?

Cuma nak memberitahu ada masanya kita lupa perkara biasa hingga kita fikir perkara luar biasa.

Kalau mahu menulis buku atau cerita, cuba berfikir di luar kotak. Siapa tahu, hasilnya luar biasa.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *