Skip to content

Bercuti

Cuti empat hari sudah bermula. Dua hari cuti raya cina dan dua hari cuti hujung minggu. Saya di KK saja tidak ke mana-mana kerana on-call.

Menulis.

Membaca.

Menonton drama atau filem.

Kemas rumah. (Ini tipu, tiada dalam senarai saya)

Pergi ke hospital jika dipanggil.

Itu yang ada dalam fikiran saya untuk memenuhi masa empat hari cuti.

Bercuti boleh menjana idea. Bercuti boleh merehatkan fikiran setelah bekerja berhari-hari.

Banyak idea menulis yang saya perolehi ketika bercuti. Sebab itu saya suka bercuti.

Jika mahu dapatkan ilham menulis atau idea mencurah-curah, saya syorkan anda bercuti. Bercuti tidak perlu jauh-jauh.

Hari ini saya bercuti di kolam renang apartment saya. Lebih menyeronokkan tidak ada orang lain ketika saya berada di sini.

Hanya saya seorang. Terasa kolam renang ini milik saya.

Mungkin jika saya memiliki rumah sendiri nanti, saya mahukan kolam renang dalam kawasan rumah. (Berangan itu percuma) smile emoticon

Semasa berenang saya dapat beberapa idea untuk penulisan seterusnya bagi Stetoskop & Pen dan isi untuk buku-buku lain yang bakal saya tulis.

Sambil berenang saya terus berfikir dan memerah minda untuk mengatur idea dan perancangan menulis.

Bagi mereka yang menghadapi writer’s block, tinggalkan sekejap meja menulis. Keluar dan pergi bercuti.

Kalau anda tinggal di kampung, pergilah bersiar-siar di sekitar kampung halaman. Jika anda menetap di bandar, carilah tempat kesukaan anda untuk berjalan-jalan.

 

P.S : Syok berenang hingga tidak sedar MO telefon dari hospital. Percubaan kali keempat menghubungi saya baru saya dengar bunyi telefon. tongue emoticon

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *