Skip to content

Beratnya tanggungjawab

Dahulu jadi MO hanya perlu fikir kerja sendiri
Siap buat kerja boleh balik
Tidak perlu fikir terlampau banyak

Sekarang sudah bukan MO
Gaji meningkat
Seiring bertambahnya tanggungjawab
Masalah MO jadi masalah kita juga
Masalah kita tetap masalah kita, bukan masalah MO

Memandang kotak bukan sekadar sebuah kotak
Sekarang memandang kotak secara keseluruhannya
Isi di dalam kotak
Keadaan di luar kotak
Masalah berkaitan kotak

Untuk sedapkan hati
Katakan pada diri
Ini semua bukannya masalah
Ini ialah cabaran
Cabaran yang akan mendewasakan kita

Adakah mahu berpatah balik ke belakang
Atau terus maju melangkah ke depan
Tidak ada pilihan lain
Kena teruskan juga

Kadang-kadang bertanya sendiri
Kenapa semuanya aku kena fikir
Aku tak mahu fikir ini
Aku malas buat yang ini
Biarlah orang lain yang buat

Kemudian baru sedar diri
Memang itulah hakikat yang harus diterima
Sampai masa kita akan melakukannya
Mahu tak mahu perlu redha
Inilah kedudukan kita

Mengapa mengharap orang lain memahami
Sedangkan diri sendiri tidak mengerti
Apa yang terkandung dalam hati

Ada masanya rasa mahu letak jawatan
Eh, kadang-kadang
Atau selalu rasa begitu
Sabar sabar
Kamu sudah berada di tempat kamu sepatutnya berada
Ikhlaskan hati pujuk diri

Bumi mana tak ditimpa hujan
Kambing mana tak pernah mandi
Eh, silap

Masa ini akan berlalu pergi
Sementara masih ada kudrat
Selagi mampu berfikir waras
Lakukan apa yang terbaik
Supaya kamu tidak akan ditanya di sana
Kenapa lalai dengan tanggungjawab

Semoga semua dinilai olehNya
Mohon doa agar tabah meniti hari demi hari

 

P.S : Mahu tulis travelog Sdyney tiba-tiba bertukar jadi sajak
P.S 2 : Setelah sekian lama tidak menulis sajak, inilah jadinya bila cuba menulis semula.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *