Skip to content

Berangan-angan

 

Orang dahulu bertapa di dalam gua.

Saya tidak jumpa gua yang sesuai di kota batu ini. Maka saya bertapa di mana yang boleh.

Tujuan saya bertapa:
1. Membaca buku
2. Mencari ilham
3. Berangan-angan

Angan-angan itu percuma.

Selepas 3 hari mengukur keluasan dewan PWTC sempena pesta buku, saya dihujani angan-angan baru.

Untuk tahun 2016, saya mahu:
1. Buka booth sendiri
2. Mempunyai buku dengan lima penerbit yang berbeza

Tercapai atau tidak belakang kira.

Seperti yang saya katakan, angan-angan itu percuma. Siapa saja boleh berangan-angan.

Persoalannya, adakah anda akan membiarkan angan-angan itu lenyap ditelan waktu atau memulakan usaha untuk menjadikannya sebagai satu kenyataan.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *