Skip to content

Belajar bercakap dan berkawan

 

Pesta Buku kali ini ada kelainannya.

Saya lebih banyak bercakap dengan orang daripada melihat buku.

Pesta Buku tahun-tahun lepas, saya berat mulut untuk menegur orang. Malu. Kerana saya rasa diri bukan sesiapa. Siapa saya mahu berbual dengan penulis-penulis lain atau editor mahu pun mereka yang terlibat dalam industri perbukuan.

Tahun ini saya ringankan mulut, beranikan diri untuk bercakap dengan orang lain.

Hasilnya saya berjaya bercakap dengan beberapa insan hebat.

Berjumpa rakan penulis sama ada yang baru dikenali mahu pun yang pernah ditemui sebelum ini.

Dapat nombor contact, kad, ruang dan peluang untuk urusan buku.

Mendengar nasihat dan tips berguna.

Paling saya suka Sofa Putih ITBM.

Slot hari ini yang dipengerusikan oleh Tuan Sayed Munawar, CEO Kota Buku membawakan topik: Penulis Muda: Adakah betul mereka dipinggirkan?

Ke pesta buku bukan sekadar membeli buku.

Bagi mereka yang serius mahu jadi penulis, inilah tempatnya untuk anda membina hubungan dengan rakan penulis, editor dan penerbit buku. Hadir ke sesi bicara yang diadakan jika mempunyai kesempatan.

Kena berani dan ambil inisiatif. Bukan sekadar duduk di rumah menulis buku saja.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *