Skip to content

Basic Life Support

Hari ini berakhir kursus Basic Life Support (BLS) siri pertama untuk tahun 2015 yang dianjurkan oleh Jabatan Kecemasan Hospital Likas.

Dalam BLS, peserta diajar bagaimana mahu melakukan cardiopulmonary resuscitation (CPR) ke atas mangsa yang terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak.

Ada enam stesen iaitu :
1) Adult CPR – One man CPR
2) Adult CPR – Two man CPR
3) Adult choking
4) Baby CPR
5) Baby choking
6) Basic airway

Hari pertama dimulakan dengan ceramah mengenai kursus BLS meliputi kesemua topik, diikuti demo setiap stesen. Kemudian para peserta diberi peluang untuk menjalani praktikal bagi setiap stesen.

Hari kedua dipenuhi dengan ujian teori dan ujian praktikal.

Secara keseluruhannya, saya gembira dengan kursus pada hari ini dan semalam. Memulakan tahun baru dengan kursus yang penting.

Semua fasilitator dan peserta menunjukkan komitmen yang bagus daripada awal hingga ke akhir kursus.

Keputusan ujian teori dan praktikal memberangsangkan.

Seronok dapat berkongsi ilmu.

Seorang fasilitator menceritakan pengalamannya menggunakan ilmu CPR yang telah dipelajari apabila kejadian sedih menimpa orang yang disayanginya iaitu ibunya. Memang ajal maut di tangan Tuhan, tetapi Tuhan mahu kita berikhtiar, bukannya bertawakal tanpa usaha. Alhamdulillah ilmu itu membantu ibunya.

Asas menyelamatkan nyawa.

Bagi setiap warga kesihatan, mempelajari BLS adalah satu kemestian.

Kukuhkan asas, yang seterusnya tidak akan goyah.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *