Skip to content

Bahagian MSDSH yang saya suka

 

Kalau membaca buku, pasti ada bahagian yang anda suka.

Begitu juga menulis buku.

Bahagian yang paling saya suka ketika menulis MSDSH ialah kisah pemungut sampah yang handsome di Melbourne.

Setiap kali saya membaca bahagian ini, serta-merta saya akan teringat pada wajah lelaki muda itu dan apa yang dilakukannya.

Saya mahu berkongsi dengan anda tentang bahagian yang saya suka ini.

Pemungut sampah yang handsome di Melbourne
—————————————————————————
“Handsome mamat ni.” Itu yang bermain di fikiran Yati apabila terpandang seorang anak muda yang sedang berlari dengan berbaju t-shirt, dibalut jaket di luar dan berseluar pendek.

Anak muda itu memakai sarung tangan yang senada warna dengan baju yang dipakainya. Hitam dan kuning. Paduan warna yang menarik.

Rambutnya pendek kerinting. Mukanya putih kemerah-merahan.

Hairan juga, kenapa dia berlari di ruang kaki lima. Mata Yati mengekori setiap pergerakannya.

Ada sesuatu yang menjadi tujuannya. Bulat mata Yati melihat anak muda itu mencapai tong sampah. Ada sebuah lori yang mengekori rapat dengannya, dipandu perlahan.

Anak muda tersebut mencurahkan isi tong sampah ke dalam bahagian belakang lori yang mengekorinya.

Oh, dia tengah kutip sampah.

Dia bukannya berjoging, sebaliknya dia berlari di tepi jalan untuk mengangkut sampah ke dalam lori sampah. Habis isi tong sampah itu dikeluarkan, tong sampah dikembalikan ke tempat asal.

Dia berlari lagi menuju ke tong sampah seterusnya.

Tidak sangka anak muda ini bekerja sebagai pemungut sampah. Dan dia begitu bersemangat ketika menjalankan tugasannya.

Tidak sedar bahawa itu ialah lori sampah kerana tiada bau langsung yang singgah di hidung. Kalau lori sampah di Malaysia, sebatu jauhnya kita sudah tahu akan kehadiran mereka kerana bau yang tidak menyenangkan.

——————————————————————–

Secara jujurnya saya ‘enjoy’ ketika menulis travelog ini. Sambil menulis, terimbas segala kenangan di sana, seolah-olah baru semalam kami pergi ke sana.

Saya harap anda yang sudah membeli gembira membaca travelog ini sebagaimana saya dan Norsa’adah Ahmad seronok menulisnya.

Pada sesiapa yang berminat membaca kisah lain dalam Melbourne & Sydney dalam Sepuluh Hari, boleh klik di http://bit.ly/msdsh1 untuk membuat pesanan naskhah anda.

Published inBukustetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *