Skip to content

Asasi Sains Hayat

Belajar rajin-rajin. Dapatkan keputusan yang bagus. Masuk universiti.

Itu mantera yang dipasakkan oleh guru-guru.

Sejak menjejakkan kaki ke sekolah, saya mendengar nama Universiti Malaya. Gah nama universiti menerbitkan hasrat untuk menjadi salah seorang warga di sana.

Impian untuk menjadi penulis tidak pernah padam dalam jiwa saya. Walaupun belajar dalam aliran sains semasa tingkatan 4 dan 5, sastera tetap mendapat tempat dalam hati.

Saya ingin melanjutkan pelajaran ke UM aliran sastera. Saya mahu memasuki Fakulti Sastera Universiti Malaya. Tetapi tawaran yang saya dapat ialah Asasi Sains Hayat.

Bagaimana ya? Saya berkira-kira sendiri. Apa yang harus saya lakukan.

Pergi saja ke UM, habiskan Asasi Sains dan mohon untuk masuk ke Fakulti Sastera.

Boleh ke begitu?

Saya tak tahu.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *