Skip to content

Arabian Night Emergency Department Queen Elizabeth 2015

 

Tema majlis makan malam Jabatan Kecemasan Queen Elizabeth ialah Arabian Night.

Makan malam yang meriah dengan kehadiran bukan sahaja staff jabatan kecemasan QE tetapi staff dari jabatan lain juga. Malah ada yang datang dari hospital lain.

Hampir semua pakar kecemasan Sabah turut menghadiri majlis ini. Seronok berjumpa dengan rakan-rakan sekerja dari hospital lain. Bukan senang mahu bersua muka kerana masing-masing sibuk di tempat sendiri. Inilah peluang untuk beramah mesra dan bertukar khabar berita.

Saya suka dengan majlis makan malam kerana dapat makan.

Tetapi saya tidak bertuah untuk mendapat cabutan bertuah. Tahniah kepada yang berjaya mendapat hamper untuk hadiah cabutan bertuah.

Banyak juga hadiah yang disediakan. Malah hadiah ‘grand prize’ ialah televisyen 40 inci. Saya hanya mampu memandang kerana nombor saya tidak disebut langsung.

Persembahan ‘Morning prayer parody’ daripada houseman melucukan.

Kebanyakan hadirin cuba memenuhi tema Arabian Night dengan memakai pakaian ala-ala di negara Arab. Malah ada hadiah untuk kostum terbaik. Pemenang ditentukan melalui undian ramai.

Tahniah kepada warga kerja Jabatan Kecemasan Queen Elizabeth yang bertungkus-lumus membuat persiapan untuk menjayakan majlis ini.

Majlis makan malam seterusnya yang akan dihadiri merupakan anjuran Jabatan Bius Queen Elizabeth. Mana tahu saya berjaya mendapat hadiah cabutan bertuah pada majlis itu kelak.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *