Skip to content

Anakku sudah tiada

 

Kisah dua hari yang lalu…

Dua anaknya cedera parah. Isterinya turut mengalami kecederaan. Sedangkan dia sendiri tidak ada apa-apa.

Lelaki itu terdiam di satu sudut. Memerhati anak yang baru lepas diselamatkan oleh pasukan perubatan. Jantung si anak berhenti seketika. CPR dilakukan. Jantungnya sendiri seakan-akan mahu berhenti berdegup melihat takdir si anak.

Percutian keluarga berakhir dengan kesudahan yang tidak dijangka. Mereka berhadapan dengan kemalangan.

Kisah hari ini…

Saya dapat berita anak bongsunya telah menghembuskan nafas yang terakhir. Seorang lagi anak menjalani pembedahan sebanyak dua kali.

Tuhan saja yang tahu perasaan lelaki itu sekarang. Pasti peristiwa ini memberi kesan seumur hidup kepadanya kerana stereng di tangannya.

Saya mendoakan dia diberi kekuatan menempuh dugaan berat ini.

‪#‎stetoskopdanpen‬

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *