Skip to content

ALS dari QE2

Kursus pertama yang dianjurkan oleh PRESQUE iaitu Advance Life Support pada 16 hingga 17 November 2015.

Seronok dapat menolong rakan dalam mengendalikan kursus.

Seramai 31 orang peserta daripada hospital dan klinik kesihatan di sekitar KK dan hospital daerah.

Melihat peserta yang bersemangat dalam pembelajaran, kami para fasilitator turut bermotivasi untuk memberi yang terbaik.

Hari pertama dipenuhi dengan lecture mengenai algorhythm, drug in resustation and airway management. Diikuti oleh ‘skill station’ Basic Life Support, Airway Management, ECG recognition dan ‘Technology review’.

Waktu petang diisi dengan stesen untuk Cardiac Arrest, Bradycardia dan Tacycardia.

Saya paling seronok kalau terlibat dengan kursus kerana dapat bertemu dengan rakan sejawat dari hospital lain, dapat berjumpa dengan doktor dan staf dari hospital lain, berkongsi ilmu dengan peserta. Ilmu yang dikongsi ini apabila mereka gunakan untuk menolong pesakit selepas ini, Insya Allah pahalanya akan mengalir kepada saya juga.

Paling seronok kerana dapat makan percuma. Itu yang saya paling suka sebenarnya. Saya suka makan. Siapa yang tidak suka makan?

P.S: Mana-mana gambar pun saya tetap yang paling rendah. Kena pakai high heel agaknya baru nampak tinggi. ?

Published inkursusstetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *