Skip to content

Alasan untuk tidak menulis

Sudah beberapa hari menangguhkan hasrat mahu menulis status ini.

Ketika pergi ke Scientific Writing Course tempohari, Prof. Low meletakkan satu slide power point yang menarik perhatian saya.

Rupanya tidak kira apa pun genre penulisan kita, akademik atau bukan akademik, alasan untuk tidak menulis adalah universal.

+ Saya tidak ada masa untuk menulis

+ Saya terlalu penat untuk menulis selepas pulang dari ofis

+ Tidak ada orang yang akan membaca tulisan saya

+ Saya tidak boleh menulis dengan bagus

++++ Dan alasan itu berpanjangan

Untuk empat alasan di atas, biar saya nyatakan hujah membalasnya yang terlintas di minda sekarang.

+ Tidak ada masa – Saya ada masa untuk menonton drama Suamiku Suamimu Jua

+ Penat untuk menulis – Saya tidak penat untuk melayari facebook atau bermain Clash of Titan

+ Tulisan tidak dibaca – Macam mana tahu selagi belum menulis

+ Tak bagus dalam penulisan – Siapa hakimnya, biar orang lain yang menilai tulisan anda

Jadi kalau ada niat menulis, benamkan segala alasan. Mula menulis.

Selamat menulis.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *