Skip to content

Alasan untuk tidak menulis II

 

Sedang khusyuk menulis Travelog Australia, tiba-tiba keyboard ipad saya tidak berfungsi. Puas saya tekan-tekan, namun tidak berhasil. Rupanya sudah kehabisan bateri.

Mahu menaip di ipad tanpa keyboard, rasa tidak seronok pula. Sudah biasa menggunakan keyboard.

Alasan tidak menulis, keyboard habis bateri. Bolehkah?

Mahu menaip sambil mengecas, saya tidak suka.

Saya buka komputer dan menyambung menaip dengan komputer.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Kalau PC pula bermasalah, saya akan menggunakan handphone untuk menulis.

Jika handphone pun ada gangguan, saya masih mempunyai pen dan kertas.

Cara tradisional pen dan kertas masih relevan setelah semua gajet tidak berfungsi.

Apa yang hendak saya sampaikan sebenarnya?

Mudah saja.

Kalau mahu menulis, tidak ada alasan untuk tidak menulis. Kita tetap akan menulis. Kalau tidak ada keinginan untuk menulis, bagilah apa pun, tetap tidak akan menulis.

Published instetoskop & penTip penulisan

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *