Skip to content

Ada apa dengan nama

Penting ke nama?

Bagi saya penting. Nama kita akan dipanggil sehingga kita mati. Sudah tentu kita tidak suka jika orang panggil kita, “Hoi! Hoi!”

Nama saya Noor Hayati yang membawa maksud ‘cahaya hidupku’. Dengan nama ini saya berharap saya menjadi cahaya hidup insan lain juga, orang-orang di sekeliling saya. Keluarga, sahabat dan masyarakat.

Sebagaimana pentingnya nama seseorang, begitu juga tajuk buku yang kita tulis. Pening kepala saya mencari tajuk yang sesuai untuk buku pertama saya.

Saya mahu orang memilih buku saya apabila membaca tajuknya. Kerana itu lahirnya judul Mudahnya Menulis Buku.

Tajuk ini memberi tanggapan bahawa menulis buku itu mudah. Benarkah menulis buku itu satu pekerjaan yang senang? Jika senang, mengapa bukan semua orang menulis buku.

Ya, mudah jika kita tahu bagaimana caranya.

Tajuk buku memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah buku selain daripada isi kandungan, kulit buku dan pengarangnya sendiri.

P.S: Saya tertarik dengan nama restoran yang terdapat di Johor Bahru. Dapur Ketumbar, comel namanya. Makanannya sedap. Harga aglio olio yang saya makan hanya RM5.00 sahaja.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *