Skip to content

Bersyukur

 

Bersyukur masih boleh berfikir dengan waras.

Bersyukur dikurniakan kesihatan untuk bergerak ke sana sini.

Bersyukur masih punya duit yang cukup untuk berbelanja walau GST sudah berkuatkuasa.

Bersyukur atas segala-gala kurniaan-Nya.

Angin. Alam hijau. Makanan enak. Insan yang baik di sekeliling.

Bersyukur buku mini sudah siap. Nampak comel.

Sebelum ini saya pernah berangan-angan mahu memberi buku percuma kepada pembeli setia buku-buku saya.

Dalam fikiran saya, mahu memberi buku yang ke-10 secara percuma. Alhamdulillah, saya dapat menunaikan angan-angan saya dengan buku yang ke-7.

Antara penerima awal buku mini Bersyukur:
1. Housemate di KL
2. Nurul Imani Fauzi (terserempak di perhentian bas)
3. Pekerja pos yang membantu urusan membeli setem
4-9. Sahabat kembara Melbourne & Sdyney.
10-29. Pembeli buku-buku saya sebelum ini.

Saya baru sempat pos sebanyak 20 buah kepada mereka yang pernah membeli buku saya. Saya menggunakan pos biasa saja, bukannya pos laju. Kata pekerja pos, dalam 4-5 hari baru sampai kepada penerima.

Fasa penghantaran seterusnya selepas saya kembali ke Malaysia.

Semoga buku ini memberi manfaat.

Published inBukustetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *